Sunday 31 May 2015

Sibuk

Hi,

Lama tak jenguk blog  busuk bersarang ni. Sekarang sibuk. Kerja tak kira waktu. Nak rest pon rasa tak cukup masa. Banyak hal nak diuruskan. Time buat jadual kerja cun cun ada jaa yang emergency nak cuti bagai. Kita yang bujang ni la yang selalu kena ganti.

Setiap kali kena ganti orang mesti rasa tak ikhlas. Dalam hati "alaa penat laa asyik kena ganti jaa" "asal kita pulak ? takde orang lain kee" "ish asyik aku jaa, menyampah betul lah". Selalu mengadu kat ibu, ibu kata takpa lah rezeki awak la tu. Sabar ye. Selalu juga mengadu kat jantung hati. Letih la macam ni, tak suke taoo. Tapi jantung hati selalu cakap 'intan payung kan kuat'. Cukup sebagai bekal untuk terus kerja. Nak ikutkan rasa lama dah aku resign.

Tiba-tiba teringat zaman sekolah zaman kolej. Rasa rindu nak belajar nak menulis, nak jumpa kawan kawan. Betulkan orang kata time belajar taknak betul betul. Bila dah kerja baru rasa seronoknya belajar.

Rindu Terengganu Darul Iman.
Rindu kenangan dulu.
Rindu jantung hati.

Enna

Friday 5 December 2014

Lemah

Aku benci dengan apa segala yang aku rasa sekarang, Walau seribu kaki aku melangkah. Setiap langkah itu juga banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. Walau dah masuk 22 tahun aku tetap tak yakin pada diri sendiri. Bukan aku tak bersyukur dengan kurniaan dari Allah s.w.t. tapi aku tak faham dengan mulut mereka yang tak pernah mengerti akan perasaan aku. 

Demi Tuhan, aku benci perasaan ini. Perasaan rendah diri yang makin mendalam setiap hari. Cukuplah dulu aku pencilkan diri. Bersembunyi di belakang bayang sendiri. Tak sanggup berdepan dengan orang ramai. Tapi aku tebalkan muka. Aku gagahkan hati kecil ku ini. Kerna kerja aku sebagai staff nurse akan selalu bertemu dengan bermacam jenis perangai manusia durjana abad ini. 

Mujur ada teman hati yang setia mendengar luahan dan keluhan aku. Dia ibarat tulang belakang aku. Walaupun aku selalu mengeluh. Tak pernah sekali pun jemu bagi kata semangat pada aku.Terima kasih untuk segalanya. Semoga kau dan aku akan terus setia pada hubungan ni. 


budak kenit touching
ena 

Monday 1 December 2014

HAPPY BIRTHDAY SAYANG !

17 NOV ......
Selamat ulang tahun sayang. Saya doakan awak panjang umur murah rezeki sihat tubuh badan. Semoga semua yang awak impikan akan tercapai. Semoga kasih sayang awak bertambah untuk saya :D

Tak mampu nak bagi awak barang mahal. Yang saya mampu bagi cuma kasih hati sayang rindu saya pada awak. Terima kasih sebab sayang saya.

Maaf saya tak dapat ada dengan awak. Maaf tak dapat sambut sama sama. Next year maybe... Inshaa Allah. 

Semoga sayang awak bertambah untuk saya k. ILOVEYOU

Friday 21 November 2014

Oh Masalah !

Kalau masalah tu umpama buah
Aku cucuk biar pecah
Kalau masalah tu macam air
Aku curah dalam jamban
Flash biar tak nampak kesan
Kalau masalah tu macam kertas
Aku renyuk renyuk kan lepas tu baling kat kepala orang yang bawak masalah kat aku
Muhahahahah ! *gelak sikit pon tak ikhlas *teruk !

Bila orang lain cerita masalah kat kite, kite ni pung pang pung pang bagi nasihat. Bila kite yang ade masalah... Macam nak menangis menjerit mintak tolong. Kadang hati gusar tak siapa tahu. Hati gundah gulana tak siapa peduli.

Saje nak luah isi hati (:

budak kenit
enna

Sunday 16 November 2014

KERJA !

Assalammualaikum and hi :face71:

lame bebenor blog ni kena tinggal. al maklum lah orang busy.

Dekat sebulan dah aku kerja as a Staff nurse kat klinik ni. So far oke lah. Kerja seronok. Tempat kerja pon seronok. Makan seronok. Tidur seronok. Mandy seornok. Yang tak seronoknye tuuuu kawan sekerja. Tak semua tak best. Ade yang boleh masuk kepala tu memang geng r. Tapi time kerja dengan yang tak masuk kepala tu yang alamakkkkk potong semangat r. Tapi aku tak boleh jadikan tu sebagai alasan untuk aku lemah semangat malas nak kerja atau nak berhenti. NO untuk diri sendiri. Sampai bile aku nak bertukar2 kerja. Lagipun ni memang bidang yang aku pilih mase study dulu.

Kalau nak ikutkan hati dan perasaan memang aku nak blah je sebenarnye. Tapi belum tibe masenye and aku belum cukup kuat nak dengar Ibu aku membebel. HAHA.

Okelah. Korang doakan budak kenit ni berjaya oke ! :face12:



dari :
budak kenit 
enna :D

Friday 15 February 2013

Keluar dari sangkar

Assalamualaikum 


pernah tak korang rasa syoknye berjalan setelah lame tak tengok alam luar dari penjara asmara kolej tempat korang beradu ? enna da lame sangat tak keluar jalan jalan. asyik duduk kat asrama jee. ade lah jugak keluar. itupun setakat pergi pasar hari sabtu. 

raya cine baru ni enna pergi wedding abang kepada kawan sekelas yakni hanan atau lebih dikenali sebagai mat aney :D oleh kerana terlampau eksaited. entry kali ni enna taknak cerita banyak. just nak share gambar ala retis kami. :D

mempersembahkannnn .....

hambek kauu ! gambar besar gedabak engko bagi yee. enna suka gambar ni sebab nampak tinggi :D
ye saya tao saya kuit o.O

omey kan kitorang. omey angat !

the brides. eh. coming soon. In Shaa Allah. yang baju hijau tu lah mat aney uolls. with buah hati masing masing. aku ? -. .-

with my bestie fatin. kawan since kitorang 10y/o uolls. omey kan die (:

ini aen. same same kecik. kadang kadang rase macam twin pulak --' 

haa ni lah buah hati mat aney ^ ^ linda

yang baju putih tu yusuf. kawan sekelas. yang baju petak tu farid. die la yang drive kereta. makasih yaw bawak jalan jalan.


oleh kerana taknak sesak nafas akibat terlalu ramai manusia. kami buat keputusan tuk pergi jalan jalan. penuh kan memori dengan gambar ala retis kami kat tempat kejadian.

mempersembahkan kebuasan kami. HAHA



enna pergi mydin mall and giant. saje nak cuci mata. jalan jalan makan makan.
1. uncle bob. sedap ooooo.
2. mee hot plate. panas panas memang sedap.
3.big epal. jangan jeles :P
4. bubur ayan special. ade ketam dalam ni. memang sedap. yummy !

bile dah penat. mekap da cair. perut da kenyang. baru lahh kami balik. indahnye beriang ria astro ria dengan dorang. lain kali bole lahh jalan lagi. hehe. 

dalam pada jalan jalan tuh, keesokan hari kami exam. huh ! memang terbaik. balik terus stadi. :/ papepun best sangat walaupun penat. beta nak stadi dulu. bye uolls ^^

 ♥ terima kasih sudi bace 

Sunday 6 January 2013

Dating

new in me_enna

Assalamualaikum. Eh hai awak ^-^ oke, dah lama sangat tak update belog. Tak ada masa. Tak tahu nak cerita apa. Actually banyak benda yang na nak cerita. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Oke lah. Baru baru nie na jalan kat dungun. Na tido rumah  Kak Jaja. Oke Kak Jaja bukan kakak na tapi dia tua dari na, kire kakak la tu kan :D na pergi dungun jumpa dengan En.Hati. 

Lame dah tak jumpa dia. Rindunyeee tuhan jee yang tahu. Dia bawak na jalan jalan lepak minum minum karaoke dengan abang and kawan kawan dia. Happy nye tak terkata. Na perasan yang na senyum memanjang. Kak Jaja pon perasan yang na senyum memanjang. Na happy sangat pergi dungun kali nie. Tapi Kak Jaja busy study. Kak Jaja dalam mood exam. So, Kak Jaja tak berapa layan na :( nasib baik ada En.Hati. 

Na teringin sangat nak makan aiskrim goreng. Tapi merajuk punya pasal langsung tak pandang aiskrim goreng tuh. Rugi :'( En.Hati langsung tak tahu yang na merajuk. Melepas lah sudah. En.Hati cakap lain kali jee lah makan aiskrim goreng tuh. Mungkin tak ada rezeki nak makan kali nie. Tak apalah. Siapa suruh merajuk --'

tak dapat makan :'(

Satu malam tu tetiba En.Hati cakap pasal tak sampai 6 bulan jee lagi na tinggal kat terengganu nie. Lepas 6 bulan na akan balik ke kampung halaman Felda Pasir Raja, Kulai, Johor. En.Hati kata : lepas nie susah kita nak jumpa. Memanglah susah. Kita dah jauh. Kalau ada jodoh antara kita suatu hari nanti kita bersama jugak kan. Sedih yang amat sangat waktu tuh. Sob sob :(

Akhirnya hari Sabtu muncul lagi. Bermakna na kena balik kemaman kat rumah sewa na praktikal. Bas bertolak jam 3petang. Na kaluar makan dengan En.Hati pukul 2petang. Sejam jee lagi nak balik. Sedih wooo :'O nak tak nak En.Hati terpaksa hantar na kat stesen bas dungun. Sampai sampai jee bas dah nak gerak. Sedihnyee macam nak menangis. Tapi En.Hati sempat cakap I LOVE YOU. Oh ! I LOVE YOU TOO SAYANG. Sedih jee bunyi. 

Sampai jee kemaman. Na terus talipon En.Hati. En.Hati kata, sedih sangat tengok awak naik bas tadi. Macam nak menangis jee. Sayangggg. Mungkin sekarang kita bukan pasangan. Tapi saya yakin dengan hati saya, saya percaya dengan perasaan saya, saya bahagia dengan keadaan kita sekarang. Walaupun saya tak boleh baca hati awak. Tapi saya tahu yang awak mungkin rasa apa yang saya rasa. Am i right sayang ? 

all i want is hold your hand

Andai kita tak ditakdirkan bersama. Saya doakan awak bahagia walaupun bukan dengan saya. Saya sentiasa ada bila awak perlukan saya. Selamat tahun baru awak. Selamat tinggal 2012. Hai 2013 yang na sendiri tak tahu apa jalannya. Semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun 2012. Aminn.

I LOVE YOU